Surprise Me!

PRN Sarawak | Calon hanya dari komponen GPS

2022-03-23 0 Dailymotion

Demikian kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu) Datuk Zuraida Kamaruddin pada Ahad bahawa parti tersebut akan menggunakan tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) jika bertanding pada PRN Sarawak kelak.

Persoalannya adakah GPS akan memberikan lampu hijau kepada parti itu untuk bertanding di Sarawak?

Soalan itu kami ajukan kepada pimpinan GPS.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa calon yang bertanding dalam PRN Sarawak nanti hanya terdiri daripada komponen GPS.